Nabi Adam a.s : Ijtihad Nabi Adam a.s terhadap jenis pokok yang dilarang Allah s.w.t

(Surah al-A’raf ayat 19)

Maksudnya:

“Dan wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini, (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari orang-orang yang zalim”.

Perbandingan tafsiran :



Tafsiran Ibn Kathir

Daripada ayat di atas, Allah menyuruh Nabi Adam a.s supaya tinggal di dalam syurga serta diizinkan untuk makan semua yang ada di sana, kecuali sebuah pohon yang berbahaya. Ia dilarang oleh Allah s.w.t supaya tidak termasuk dalam orang zalim lantaran merugikan dirinya. Justeru ayat ini menjelaskan kepada orang-orang yang mendalami al-Quran bahawa bagaimana manusia tergelincir dalam bisikan dan hawa nafsu sehingga merugikan kepentingan dirinya.

Adapun, Imam Ibn Kathir menyatakan Iblis bersumpah dengan nama Allah s.w.t bahawa ia memberi nasihat kerana Allah dengan tulus hati iaitu “aku lebih tua dan lebih mengetahui daripada kamu”, justeru Nabi Adam a.s telah tertipu kerana sumpah tersebut dan memakan buah daripada makanan yang dilarang itu. Selain itu, Ibn Abbas r.a mengatakan pokok yang dilarang ialah Assunbulah yang mana ketika keduanya Adam dan Hawa lalu kemudian terbukalah aurat keduanya.

Tafsiran Syed Qutb
Al-Quran tidak menjelaskan apakah jenis pokok itu, kerana penjelasan yang seperti itu tidak menambahkan sesuatu tentang hikmat larangannya. Ini menunjukkan bahawa larangan itu sendiri yang menjadi tujuan dan matlamat, kerana Allah telah membenarkan menikmati nikmat-nikmat yang halal dan berpesan kepada keduanya supaya menjauhkan diri dari benda-benda yang terlarang. Pastinya ada sesuatu yang dilarang supaya dapat dipelajari oleh makhluk manusia lain agar ia tidak bertindak di luar batasan. Ia juga bertujuan untuk melatih kemahuan fitrah semulajadi agar dapat mengawal dan menguasai keinginan dan hawa nafsu agar ia terus memerintah hawa nafsunya dan bukannya diperintah nafsunya seperti haiwan. Inilah ciri yang membezakan manusia dari haiwan dan ciri inilah yang merealisasikan makna “insan”.

Kesimpulan tafsiran :

Adakah Nabi Adam yang bersifat maksum itu termasuk dalam golongan yang zalim kerana telah memakan buah tersebut? Adakah nabi yang maksum boleh ditipu oleh iblis?

Nabi Adam tidak melakukan dosa atau kesalahan dengan memakan buah daripada pohon yang dilarang Allah kerana tujuan utama larangan tersebut supaya manusia yang berada di dunia ini dapat mengawal hawa nafsunya. Justeru, manusia dapat mengawal hawa nafsu melalui akal yang dianugerahkan, berbeza dengan haiwan yang menurut hawa nafsunya semata-mata.

Sebab-sebab kenapa Nabi Adam a.s tidak melakukan kezaliman ialah:

i) Al-Quran menjelaskan baginda diciptakan sebagai khalifah Allah di bumi berdasarkan firmanNya di dalam Surah al-Baqarah ayat 30……

Oleh itu, baginda telah ditempatkan di syurga sebelum diperintahkan untuk tinggal di bumi kerana ia bukanlah tempat tinggal yang kekal sebelum bumi diciptakan lantaran baginda telah ditetapkan untuk tinggal di bumi pada suatu masa nanti.
ii) Dalam syariah Islam, bukan semua perintah di dalam al-Quran mahupun as-Sunnah adalah wajib. Begitulah keadaan larangan Allah s.w.t tehadap Nabi Adam a.s yang memakan buah dari pokok atau pohon tersebut. Oleh itu, larangan mendekati pokok tersebut bukan bermaksud haram mendekatinya…. .

iii) Syurga bukanlah tempat ujian bagi manusia, oleh itu sebarang perintah yang diberikan Allah s.w.t di dalam syurga adalah sebagai nasihat dan bukannya perintah wajib menurut ‘uruf syurga itu sendiri.

0 comments:

Catat Ulasan

Islamic Clock

Islamic Widget

Islamic Calendar

About this blog

Penulis adalah hamba Allah yang hina sedang mencari-cari jalan menuju keredhaanNya