Takrif

Kemudaratan dalam bab pemisahan ialah hak isteri menuntut penceraian daripada suami melalui qadi dengan sebab-sebab tertentu seperti pergaulan suami yang sentiasa memukul isterinya sehingga mencederakannya, memaki hamun penderaan, memaksa isteri melakukan perbuatan yang diharamkan atau memperlakukan dengan perbuatan yang diharamkan, memulau, meninggalkan isteri dengan tanpa sebab yang diharuskan dan sebagainya. Kemudaratan juga bermaksud perihal atau keadaan yang mendatangkan bahaya kepada seseorang justeru boleh didakwa bagi individu yang melakukannya terhadap orang lain.

Pendapat Fuqaha

Tidak boleh dipisahkan

Ulama Hanafi, Syafie dan Syiah berpendapat suami isteri tidak boleh dipisahkan disebabkan kemudaratan yang dilakukan oleh suami terhadap isteri kerana Qadi mampu mengangkat (menghilangkan) kemudaratan isteri dengan selain daripada pemberian talak (tafriq) seperti menyuruh suami memperbaiki pergaulannya dengan isteri. Justeru mereka tidak mengharuskannya walaupun kemudaratan itu menjadi lebih teruk kerana terdapat cara lain untuk menghindarkan isteri yang menjadi mangsa tersebut.


Firman Allah dalam Surah an-Nisa’ ayat 35:

Maksudnya:

"Dan jika kamu bimbangkan perpecahan di antara mereka berdua (suami isteri) maka lantiklah "orang tengah" (untuk mendamaikan mereka iaitu), seorang dari keluarga lelaki dan seorang dari keluarga perempuan. jika kedua-dua "orang tengah" itu (dengan ikhlas) bertujuan hendak mendamaikan, nescaya Allah akan menjadikan kedua (suami isteri itu) berpakat baik. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui, lagi amat mendalam pengetahuanNya.”

Berdasarkan firman Allah s.w.t di atas, menjelaskan kepada kita bahawa Qadi hendaklah melantik 2 orang hakam (orang tengah) untuk mendamaikan dan menyatukan keduanya pasangan tesebut. Oleh itu, Qadi tidak boleh memisahkan pasangan suami isteri kerana beliau boleh mengenakan hukuman untuk mengelakkan isterinya dianiaya lagi.

Dalam hal yang sama, Qadi atau orang lain juga tidak berhak mengubah hak (memisahkan) kedua pasangan tersebut kecuali hakamain tersebut diberikan hak perwakilan (wakalah) atau hak mempunyai hak wali. Ini kerana pemisahan yang berlaku adalah tanpa keredaan daripada kedua pasangan tersebut sekiranya ditetapkan oleh Qadi.

Ulama berselisih (khilaf) dalam menentukan keputusan yang dibuat oleh hakamain terhadap pasangan yang berlaku kemudaratan ini, iaitu:

1) Apabila hakamain berselisih dalam menentukan sama ada dipisahkan (fasakh) atau didamaikan, maka ulama fiqh tidak menjatuhkan hukuman (mendamaikan atau memisahkan) yang dicadangkan keduanya.
2) Apabila cadangan hakamain untuk mendamaikan pasangan tersebut, maka fuqaha sepakat untuk mendamaikannya walaupun tanpa persetujuan daripada suami isteri.
3) Apabila cadangan hakamain untuk memisahkan pasangan tersebut, maka fuqaha berselisih dalam menentukannya;
i) Jumhur fuqaha berpendapat boleh dipisahkan jika diwakilkan oleh suami sendiri kerana hak asal talak hanya terletak pada suami sahaja
ii) Imam Malik pula berpendapat boleh dipisahkan walaupun tanpa keizinan suami berdasarkan dalil hadith yang diriwayatkan oleh Malik daripada Ali bin Abi Talib mengenai hakamain yang bermaksud; "Terserah kepada mereka untuk memisahkan antara kedua-dua suami isteri atau memadukan kembali”.

Boleh dipisahkan

Imam Malik berpendapat kemudaratan terhadap pasangan suami isteri boleh dipisahkan melalui Qadi walaupun tanpa persetujuan mereka berdua. Kemudaratan ini boleh mendatangkan kesengsaraan hidup terhadap isteri dan ia lari daripada makna serta tujuan perkahwinan dalam menurut syara’. Keharusan fasakh tersebut untuk mengelakkan kemudaratan berterusan sehingga kehidupan menjadi lebih teruk lagi.
Sabda Nabi Muhammad s.a.w:

لاَ ضَرَرَ وَلاَ ضِرَارَ
Maksudnya:
"Tidak ada kemudaratan dan yang memudaratkan”

Dengan hak pemisahan melalui Qadi ini, isteri hendaklah mengemukakan aduan kepadanya. Sekiranya sabit aduan yang dibuat oleh isteri terhadap suami bersalah dan melakukan kemudaratan tersebut maka Qadi berhak menjatuhkan talak. Apabila isteri gagal membuktikan aduan tersebut, maka dakwaan isteri ditolak. Sekiranya dakwaan tersebut berulang, Qadi hendaklah melantik 2 orang hakam mewakili keduanya sama ada untuk memisahkan atau mendamaikan keduanya.

Manakala Imam Ahmad Hanbal bersependapat dengan kedua pendapat di atas, iaitu sama ada boleh dipisahkan menurut Imam Malik atau tidak boleh dipisahkan iaitu menurut ulama Hanafi, Syafie dan Syiah


HAK PENCERAIAN DENGAN SEBAB KEAIBAN (KECACATAN)

Kepada siapa hak ini diberikan, fuqaha berselisih pendapat dalam menentukan hak tuntutan fasakh melalui Qadi disebabkan kecacatan (keaiban) yang ada pada salah seorang atau kedua-duanya. Ulama Syafie, Maliki & Hanbali (jumhur fuqaha) berpendapat sabit tuntutan fasakh ini bagi kedua-dua pihak suami dan isteri. Ini berdasarkan dalil umum yang pada asalnya iaitu tidak boleh digugurkan hak suami isteri dengan sebab keaiban.

Disebabkan kemudaratan itu berlaku terhadap isteri sekiranya keaiban itu pada suami atau kemudaratan itu terhadap suami sekiranya berlaku pada isteri, maka jumhur fuqaha berpendapat hak tuntutan sabit pada kedua-duanya.

Selain itu, Imam Abu Hanifah berpendapat hanya sabit tuntutan fasakh tersebut pada isteri sahaja. Berkaitan dengan tuntutan ini, beliau mengatakan ia tidak diberikan kepada suami kerana ia boleh menolak kemudaratan yang berlaku dengan menggunakan talak yang ada padanya. Ini berdasarkan pendapat yang diriwayatkan daripada Saidina Ali iaitu:

ما روي عن علي رضي الله عنه قال:
"إذا وجد بإمرأته شيئا من هذه العيوب. فالنكاح لازم له
إن شاء أمسك وإن شاء طلق"
Maksudnya:

”Apabila terdapat pada isteri kamu sesuatu daripada keiaban. Dan nikah itu masih berlaku, sekiranya kamu hendak kamu tahan jika tidak kamu ceraikan”.

Daripada apa yang diriwayatkan oleh Saidina Ali maka terluputlah kesan perkahwinan kerana tidak ada hasil selepas akad pernikahan. Hasil yang dimaksudkan selepas perkahwinan ini ialah zuriat daripadanya.


Nabi Adam a.s : Ijtihad Nabi Adam a.s terhadap jenis pokok yang dilarang Allah s.w.t

(Surah al-A’raf ayat 19)

Maksudnya:

“Dan wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini, (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari orang-orang yang zalim”.

Perbandingan tafsiran :

Islamic Clock

Islamic Widget

Islamic Calendar

About this blog

Penulis adalah hamba Allah yang hina sedang mencari-cari jalan menuju keredhaanNya