
1. Jika kamu perlukan kawan, ketahuilah Allah cukup sebagai kawan.
Kerana jika kamu berkawan dengan Pencipta setiap suatu, maka setiap suatu menjadi kawan kamu.
2. Jika kamu perlukan teman, ketahuilah Quran cukup sebagai teman.
Kerana, mengetahui Quran dan memahaminya dan membacanya, menjaga dengannya, akan membawa kamu dekat kepada Ambiyya (Nabi-nabi). Dan siapakah teman yang lebih baik yang dapat kamu perolehi selain daripada para Nabi, (selamat dan salam ke atas mereka).
3. Jika kamu kehendaki suatu, ketahuilah bahawa berasa cukup dengan sedikitnya suatu yang kamu miliki itu sudah memadai.
Ini adalah idea tentang menghormati apa yang kamu miliki dan mengguna sebaik mungkin apabila kamu memiliki dengan banyak daripada suatu, lebih menghargai apabila ianya sedikit dan bersyukur yang kamu ada memilikinya, itulah maksud milik yang sebenarnya.
4. Jika kamu menghendaki musuh, ketahuilah bahawa musuh kamu yang terbesar ialah dirimu sendiri (Nafs), Egomu.
Kerana apabila kamu dapat tawan dirimu, kamu akan dapat tawan segala-gala di sekelilingmu.
5. Jika kamu perlukan nasihat, ketahuilah Mati sudah memadai.
Mengingati mati (Zikrul Maut), mengetahui dan faham bahawa hidupmu di atas dunia ini bersyarat dan telah ditakdirkan untuk meninggalkannya satu hari nanti. Mengetahui yang perjalanan hidup ini amat pendek, dan fahamkannya, asas ini akan menolong seorang untuk menjadi lebih serius dalam hidup dan menjaga setiap saat dan bernafas hanya semata untuk Allah dan PesuruhNya (s.a.w) dan tidak untuk tujuan lain.
5 perkara ini adalah amat penting dalam kehidupan seharian seseorang. Apabila diamati setiap hari akan membuahkan banyak manfaat Insha Allah, kerana ia akan mencorakkan daya fikiran dan pandangan di atas jalan yang betul dan menolong seseorang untuk fokus kepada maksud dan tujuan hidup yang hakiki.